Banjir: Bantuan Wang Ihsan RM1,000 mula disalurkan

Banjir: Bantuan Wang Ihsan RM1,000 mula disalurkan

AHMAD Zahid Hamidi menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Pejabat Tanah dan Daerah Bagan Datuk, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Kerajaan mula menyalurkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada mangsa banjir di seluruh negara semalam sebagai bantuan awal dalam memberi ke­legaan kepada mereka yang terjejas akibat bencana alam itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata pengagihan lebih cepat ini membolehkan mangsa mendapatkan keperluan asas tanpa perlu menunggu pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup seperti peraturan sebelum ini, sekali gus mengurangkan tekanan hidup sepanjang tempoh pemulihan.

“Mereka memerlukan wang untuk membeli peralatan baharu yang rosak di rumah.

“Saya tahu bantuan itu tidak mencukupi, tetapi ia tanda keprihatinan kerajaan,” katanya selepas menerima taklimat banjir di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Bagan Datuk, semalam.

Mengenai situasi banjir di Bagan Datuk, Ahmad Zahid, ber­kata kejadian paip utama pecah menyebabkan gangguan bekalan air bersih ke PPS, menyu­karkan urusan harian mangsa.

Bagi menangani masalah itu, Lembaga Air Perak (LAP) di­arahkan menghantar tangki air untuk dipam ke tangki utama PPS agar bekalan dapat digunakan tanpa kaedah manual.

Selain itu, kerajaan turut memobilisasi pam kekal, pam bergerak dan pam tambahan bagi mempercepat aliran keluar air terutama di kawasan yang lazimnya ditenggelami dalam tempoh lama.

“Setakat ini, terdapat 12 pam kekal dan 11 pam bergerak sedang beroperasi.

“Saya juga telah memin­ta daerah lain serta jabatan berkaitan termasuk Ibu Pejabat JKR supaya menggerakkan semua pam yang ada. Jangan biarkan ia tersimpan,” katanya.

Ahmad Zahid turut menyua­rakan kebimbangan mengenai kemungkinan gelombang kedua dan ketiga banjir memandangkan keadaan cuaca tidak menentu.

Katanya trend banjir tahun ini sebagai luar biasa apabila angin­ dari Selat Melaka menyebabkan kawasan pantai barat yang jarang terjejas turut dinaiki air.

“Kesiapsiagaan telah disusun rapi melibatkan semua agensi di peringkat negara, negeri dan daerah. Kita mahu semua pihak sentiasa bersedia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN