Baki suspek serang wartawan masih diburu

Baki suspek serang wartawan masih diburu

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Baki individu yang dipercayai terlibat dalam serangan terhadap seorang wartawan sukan pada 25 November lalu masih diburu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, walaupun seorang suspek sudah dituduh di mahkamah, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti dan menahan semua yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Walaupun suspek telah dituduh, siasatan masih berjalan kerana pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, iaitu secara bersama.

“Kami sedang mengesan saki baki individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini, ” katanya pada sidang akhbar selepas Program Penyerahan Sumbangan Masih Ada Yang Sayang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fadil, enggan mengulas lanjut sama ada polis sudah mengenal pasti suspek lain dalam kes berkenaan.

Pada 25 November lalu, wartawan sukan Haresh Deol mendakwa diserang dua lelaki ketika menuju ke keretanya.

Menurutnya, seorang lagi individu merakam insiden tersebut menggunakan telefon bimbit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN