ARMADA Melaka cabar Pemuda UMNO, keluar kerajaan bermula di negeri - Utusan Malaysia

ARMADA Melaka cabar Pemuda UMNO, keluar kerajaan bermula di negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO dicabar memulakan langkah keluar daripada Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu di peringkat Melaka sebelum terus mendesak UMNO mengambil pendirian sama di peringkat pusat.

Ketua ARMADA Bersatu Negeri Melaka, Jefri Safry berkata, penegasan itu dibuat secara tegas terhadap Datuk Dr. Akmal Salleh sebagai isyarat terhadap Barisan Nasional (BN) bahawa pendirian berkenaan bukan sekadar retorik politik, sebaliknya disertai tindakan berprinsip dan berani.

Katanya, antara langkah yang dicadangkan adalah menyingkirkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP daripada jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Timbalan EXCO Kerajaan Negeri Melaka.

“Isu ugutan untuk keluar daripada kerajaan telah berulang kali dimainkan sebelum ini, namun sehingga hari ini masih gagal dilaksanakan.

“Keadaan ini sekali gus memberi gambaran bahawa ia sekadar cakap-cakap politik tanpa tindakan, umpama perbualan di kedai kopi yang tidak membawa sebarang kesan kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara lain cadangan tersebut, mengeluarkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) daripada sebarang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Melaka.

Mengulas lanjut, katanya, bersuara tanpa tindakan tidak membawa sebarang manfaat.

“Rakyat menilai keberanian dan keikhlasan melalui tindakan, bukan slogan atau ugutan semata-mata,” katanya.

Berikutan itu, Jefri mendesak Ketua Pemuda UMNO supaya melaksanakan perkara tersebut dengan segera, bermula di Negeri Melaka sebagai bukti keberanian dalam pendirian politik.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN