Anggota trafik cedera dalam kemalangan libatkan tiga kenderaan

Anggota trafik cedera dalam kemalangan libatkan tiga kenderaan

ABDUL ROZAK MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut cedera selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan dua buah kereta di Jalan Scotland berhampiran simpang Jalan Skipton di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian itu berlaku ketika anggota polis berusia 35 tahun itu sedang menjalankan tugas di lokasi berkenaan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Axia yang dipandu oleh seorang wanita tempatan berusia 86 tahun telah membrek secara mengejut sehingga menyebabkan pemandu Proton Iriz turut menekan brek dan mengelak ke kiri.

“Pada masa yang sama, mangsa yang berada di bahagian kiri jalan tidak sempat mengelak lalu merempuh kedua-dua kereta tersebut,” katanya yang memberitahu, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan kaki.

Katanya, mangsa telah dibawa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut dan keadaannya ketika ini dilaporkan stabil.

“Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya yang memaklumkan, kedua-dua pemandu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN