Albert Tei tandatangan sendiri senarai rampasan miliknya - Utusan Malaysia

Albert Tei tandatangan sendiri senarai rampasan miliknya

ALBERT TEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Senarai rampasan milik ahli perniagaan, Albert Tei ditandatangani sendiri olehnya, sebaik sahaja diserahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM dalam kenyataan berkata, barangan tersebut telah diberikan oleh ahli perniagaan itu kepada pegawai SPRM.

Katanya, selain itu, satu salinan dokumen Senarai Penyitaan Harta Alih di bawah Seksyen 33 Akta SPRM 2009 telah diserahkan kepadanya pada 28 November 2025.

“Antara barangan yang disita terdiri daripada telefon bimbit, iPad dan perakam video digital yang merupakan barang bukti.

“SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tanpa asas bahawa pegawai SPRM telah merampas barang-barang Albert Tei tanpa mengikut prosedur,” katanya.

SPRM sentiasa melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan ditetapkan dalam bidang kuasa.

Sebelum ini, satu laporan berita memetik peguam yang mewakili isteri Albert mendakwa, SPRM telah merampas barangan suaminya secara tidak sah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN