PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) membidas peguam yang mewakil Albert Tei dan menyifatkan ahli perniagaan itu bukan ‘whistleblower’ sebaliknya merupakan individu yang terpalit dengan rasuah. Ketua Penerangannya, Danish Hairudin berkata, Albert atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing sudah pun mengaku memberi rasuah dan oleh itu beliau bukan ‘whistleblower’. Kata beliau, istilah perkataan tersebut tidak boleh dimanipulasikan demi melindungi pelaku jenayah atau menjadikan pengakuan jenayah rasuah itu sendiri sebagai naratif…










