Abu Bakar dari Bersatu jadi MB baharu Perlis

Abu Bakar dari Bersatu jadi MB baharu Perlis

ABU Bakar Hamzah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis baharu di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dalam satu majlis istiadat di Istana Arau, Perlis hari ini.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Abu Bakar Hamzah menepati jangkaan apabila dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.

Majlis mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar itu diadakan dalam satu majlis istiadat di Istana Arau di sini hari ini

Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri itu mengangkat sumpah jawatan tersebut dihadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi mengantikan Mohd. Shukri Ramli yang melepaskan jawatan Khamis lalu.

Abu Bakar sebelum ini merupakan Exco kerajaan negeri di bawah pentadbiran Mohd. Shukri sejak 2024 dan menjadi ADUN Kuala Perlis selepas Perikatan Nasional (PN) mentadbir Perlis pada 2022. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Abu Bakar yang juga Timbalan Pengerusi PN negeri memenangi kerusi DUN Kuala Perlis.

Politik Perlis bergolak ekoran lapan ADUN PN termasuk tiga dari Pas menandatangani akuan bersumpah untuk menarik sokongan terhadap kepimpinan Mohd. Shukri.

Ia membabitkan lima ADUN dari Bersatu dan tiga dari Pas iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd. Ridzuan Hashim (Guar Sanji). 

Bagaimanapun, tiga kawasan berkenaan dikosongkan selepas ADUN-ADUN tersebut terhenti keahlian Pas.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN