ALOR SETAR: Impak pelancongan Hat Yai, Thailand yang masih lumpuh ekoran banjir besar bulan lalu dijangka beralih ke Pulau Langkawi yang merupakan destinasi terunggul negara sempena cuti sekolah minggu depan. Perkembangan itu berikutan sebanyak 74,000 tiket feri penumpang telah terjual bagi pelayaran sepanjang 24 hari cuti penggal persekolahan bermula 19 Disember hingga 11 Januari depan. Pengurus Operasi Ferry Line Ventures, Norhafiz Abdul Wahid berkata, jumlah itu merangkumi 36,000 keping tiket…










