200 sertai kejohanan catur SJKT Azad 2025

200 sertai kejohanan catur SJKT Azad 2025

AKSI sebahagian peserta yang menyertai Kejohanan Catur SJKT Azad 2025 di George Town, Pulau Pinang, baru-baru ini. – UTUSAN/SAFINA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EDISI sulung Kejohanan Catur Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Azad 2025 baru-baru ini melakar sejarah apabila berjaya menarik penyertaan daripada lebih 200 pencatur muda dari dalam serta luar negara.

Dianjurkan oleh Tejay Brilliant Chess Academy dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, kejohanan tersebut turut mendapat sokongan penuh daripada Persatuan Catur Pulau Pinang.

Kejohanan tersebut mengenengahkan peserta berusia antara lima hingga 18 tahun yang mewakili 94 institusi pendidikan merangkumi tadika, sekolah rendah, menengah, sekolah antarabangsa dan sebuah kolej.

Lebih menarik, peserta turut hadir dari enam negeri selain seorang peserta daripada China yang menambah elemen antarabangsa pada kejohanan tersebut.

Menurut jurulatih catur SJKT Azad, S. Eswaran, idea untuk menganjurkan kejohanan itu tercetus awal tahun ini selepas dia bertemu bekas

Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator K. Saraswathy ketika sambutan Thaipusam.

“Saya meminta sokongan daripada beliau (Saraswathy) bagi membantu pelajar kami untuk mendapatkan peralatan catur dan yuran termasuk kanak-kanak dari Penang Shan Children’s Home.

“Beliau bersetuju dan turut menggalakkan kami menganjurkan sebuah kejohanan sebelum hujung tahun,” katanya.

Eswaran berkata, sokongan turut diperoleh daripada Exco Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri S. Sundarajoo yang tampil sebagai penaja dengan menyumbang set catur kayu import serta hadiah wang tunai yang lumayan.

Eswaran berkata, ini merupakan kali pertama Tejay Brilliant Chess Academy menganjurkan kejohanan bersama PIBG SJKT Azad dengan sokongan Persatuan Catur Pulau Pinang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN