PETALING JAYA: Satu sistem perlu diwujudkan bagi memudahkan kaedah pemantauan terhadap barangan larangan yang dibawa oleh murid ke sekolah. Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, sistem berkenaan boleh melibatkan seramai empat guru disiplin yang bertugas mengikut penggiliran bagi menjalankan pemeriksaan mengejut di setiap kelas. Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan murid-murid tidak membawa sebarang peralatan berbahaya yang boleh mengundang risiko keselamatan di sekolah. “Selain itu,…










