PETALING JAYA: BMI, unit di bawah Fitch Solutions, menaikkan unjuran harga purata bagi kontrak hadapan minyak sawit mentah (CPO) Bursa Malaysia bagi tahun ini kepada RM4,320 setan, berbanding ramalan terdahulu RM4,150 setan. Dalam laporan terbaharunya, BMI berkata, semakan naik itu mencerminkan permintaan import lebih kukuh daripada jangkaan oleh India, pembeli minyak sawit terbesar dunia, yang menyokong harga sepanjang suku ketiga tahun ini. “Setakat 27 Oktober, kontrak hadapan CPO bagi bulan…










