MENJADI pelajar dari institusi tahfiz dan pondok kini merupakan satu kelebihan kepada penuntutnya apabila wujudnya program gabungan pendidikan agama dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Pelajar tahfiz kini bukan sekadar menghafaz al-Quran dan mempelajari ilmu agama, malah turut diberi peluang mendalami kemahiran TVET seperti kulinari, jahitan, teknologi agro dan
keusahawanan digital.
Menerusi pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH), yang diperkenalkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), pelajar berumur seawal 13 tahun kini
boleh mendapat pendedahan awal terhadap kemahiran yang diminati melalui TVET Tahfiz.
Timbalan Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti JPPKK, Wan Marina Wan Mohd. Nowalid berkata, objektif utama program tersebut adalah untuk memperluas akses pendidikan TVET kepada pelajar tahfiz dan pondok di seluruh negara.
“Kami mahu memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai bidang TVET yang ditawarkan oleh kolej komuniti khas kepada mereka, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran
pelajar itu selepas mereka tamat pengajian,” katanya ketika ditemui Utusan Pelajar di sini, baru-baru ini.
Katanya, antara inisiatif utama yang dijalankan ialah Program Pembangunan Kemahiran kepada Pelajar Institusi Tahfiz dan Sekolah Pondok, iaitu pakej latihan kemahiran TVET dan keusahawanan
yang mengambil masa antara dua hingga enam hari.

Selain itu, terdapat program lanjutan di bawah inisiatif IPT Komuniti @TVET Tahfiz yang telah ditambah baik dengan elemen Teknologi Digital dan Kecerdasan
Buatan (AI) yang mengambil masa antara 10 hingga 20 hari.
Menurut beliau, program tersebut dilaksanakan dalam bentuk kursus jangka pendek agar tidak mengganggu jadual hafazan mereka.
“Kursus ini sangat fleksibel. Kami jalankan kelas pada hari Sabtu atau hujung minggu, bergantung pada masa lapang pelajar itu di institusi tahfiz masing-masing,” jelasnya.
Tambahnya, terdapat 22 bidang yang ditawarkan, namun lima yang menjadi tarikan utama para pelajar tahfiz ialah teknologi agro, perniagaan dan keusahawanan, katering dan sajian, grafik dan multimedia serta komputer dan teknologi maklumat.
Selain latihan kemahiran, beliau berkata, pelajar turut didedahkan kepada elemen keusahawanan dan teknologi digital supaya mereka bukan sahaja tahu atau pondok tidak memerlukan
kelulusan akademik tinggi atau Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) untuk menyertai program TVET Tahfiz itu.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsikan beberapa kejayaan program, antaranya pelajar yang membuka kafe mini barista Muslim di Perak, selain mengusahakan pembuatan mi kuning dan
menghasilkan bunga atau hadiah bagi yang tamat belajar.
“Kafe Barista Huffaz di Perak ini merupakan projek pelajar tahfiz yang berjaya mengaplikasikan kemahiran TVET dan keusahawanan. Mereka kini mampu menjana pendapatan sendiri sambil
mengekalkan pengajian agama.
“Kita juga ada pelajar tahfiz menerima tempahan bungkusan bunga atau hadiah untuk diberikan kepada ahli keluarga yang tamat sesi belajar,” tambahnya.
Beliau turut mengakui jadual pelajar yang padat dan jarak institusi yang jauh antara cabaran yang pihaknya perlu hadapi, namun begitu, pihaknya komited memastikan mereka menerima
pembelajaran yang berkualiti. membuat produk, tetapi juga bijak memasarkan hasil kerja sendiri.
Setakat ini, lebih 68,000 penyertaan pelajar tahfiz dengan 2,252 kursus didaftarkan melibatkan 507 institusi tahfiz dan sekolah pondok dari 2021 sehingga hujung September tahun ini.
Menariknya, pelajar tahfiz “Sesetengah institusi tahfiz terletak jauh dan tidak mempunyai kemudahan asas seperti komputer atau mesin jahit. Jadi, kami beramai ramai yang akan bergerak ke sana
membawa peralatan lengkap,” jelasnya.
Katanya, kini JPPKK sedang beralih kepada sijil penilaian melalui pelaksanaan micro-credentials yang diiktiraf industri bagi pelajar tahfiz yang ingin melanjutkan pelajaran ke
Kolej Komuniti sepenuh masa. Kami mahu memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai bidang TVET yang ditawarkan oleh kolej komuniti khas kepada mereka, sekali gus
meningkatkan kebolehpasaran pelajar itu selepas mereka tamat pengajian.”

“Selepas sijil penyertaan sekarang kita ke arah kepada sijil penilaian. Sijil itu akan ada cop daripada pihak industri yang menilai serta cop kolej komuniti masing masing.
“Bagi pelajar tahfiz yang ingin belajar sepenuh masa tanpa kelayakan SPM, mereka boleh mengambil pakej kursus yang diminati atau kursus berpakej yang memfokuskan kompetensi.
“Dengan sijil penilaian ini, pelajar boleh menggunakannya untuk memohon kerja atau sambung belajar,” katanya.
Beliau yakin, dengan sokongan kerajaan, industri dan masyarakat, pelajar tahfiz boleh menjadi aset negara berilmu dan berkemahiran tinggi.
“Kalau dahulu pelajar tahfiz hanya dilihat boleh mengajar agama, kini mereka boleh jadi juruteknik, usahawan dan barista Muslim.
Itulah wajah baharu huffaz moden yang kita mahu lahirkan,” katanya mengakhiri temu bual.










