KOTA KINABALU: Penurunan kuasa laksana projek bernilai RM50 juta ke bawah kepada Sabah dan Sarawak adalah komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Nota Jemaah Menteri pada 21 Disember 2022 menyenaraikan isu-isu tertunggak berkaitan MA63 dan penurunan kuasa itu menjadi satu daripadanya. Katanya, Kementerian Kewangan dipimpin Anwar memberi respons positif dengan…










