Tipulah kalau kata saya tak muak - Syazwan Razak jemu dibandingkan dengan Syafiq Kyle - Utusan Malaysia

Tipulah kalau kata saya tak muak – Syazwan Razak jemu dibandingkan dengan Syafiq Kyle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Syazwan Razak, memaklumkan dia tidak berdepan sebarang isu jika penonton terus membanding-bandingkan cara lakonannya dengan abangnya, Syafiq Kyle.

Malah, katanya, dia yakin lama kelamaan perbandingan itu akan terhenti apabila penonton mula melihat perbezaan antara dia dan Syafiq.

“Tipulah kalau saya katakan saya tak muak. Tapi, saya terima dan jadikan keadaan itu sebagai pembakar semangat.

“Hakikatnya, saya akan sentiasa dibanding-bandingkan dengan abang saya. Dan perkara ini bukan baru berlaku, tetapi sebenarnya sejak dulu lagi.

“Saya tak ada masalah mengenai hal ini kerana saya faham penonton juga ada hak untuk membuat penilaian.

“Tapi saya yakin kelak masyarakat akan melihat perbezaan lakonan kami, sama seperti yang berlaku kepada pasangan adik beradik lain yang bergiat dalam bidang ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama BF Green Flag, semalam.

Syazwan dalam masa yang menegaskan yang dia juga mempunyai cara lakonan sendiri yang jelas berbeza dengan abangnya.

“Saya tidak pernah berniat mahu meniru gaya lakonan Syafiq kerana saya juga ada cara lakonan tersendiri.

“Tapi saya sentiasa terima nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan bukan sahaja Syafiq, malah kakak ipar saya, Mimi Lana juga,” kongsinya.

Disoal mengenai pembabitan dalam drama BF Green Flag, Syazwan mengakui masih tidak dapat menerima kenyataan yang dia dipilih sebagai pelakon utama drama berkenaan.

“Beberapa kali juga saya tanyakan kepada pengarah, betulkah saya ditawarkan watak utama? Iyalah, saya ini masih baharu dalam dunia lakonan,dikhuatiri belum cukup terkenal untuk menarik penonton.

“Tapi pihak produksi maklumkan yang mereka percaya saya pelakon yang sesuai untuk membawakan watak Alfa dalam drama ini,” katanya.

Selain Syazwan, BF Green Flag turut dibintangi Athalia, Dottie, Dafi, Uchee Fukada, Azhan Rani, Ryan Bakery, Adriana Adnan dan ramai lagi.

Drama terbitan Astra Entertainment ini bakal menemui penonton pada setiap Khamis bermula hari ini pukul 12 tengah hari menerusi platform MYTV Mana Mana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN