KOTA BHARU: Tiga lelaki direman selama seminggu bagi membantu siasatan berkait kes merompak beg duit dan mencederakan seorang wanita warga emas Nilam Puri di sini sehingga rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian itu tular pada Sabtu lalu.
Perintah reman ke atas ketiga-tiga lelaki berusia 18, 20 dan 36 tahun yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid terhadap
Tahanan reman ketiga-tiga suspek itu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasayan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman CCTV memaparkan seorang wanita warga emas keluar dari sebuah premis selepas membeli ikan di Nilam Puri di sini.
Wanita itu kemudian berdiri di tepi jalan sebelum salah seorang daripada dua lelaki merompak beg duit miliknya.
Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah motosikal dan merempuh wanita itu sehingga terjatuh di atas jalan.-UTUSAN

								
											






