Tiga jajahan di Kelantan berisiko banjir hingga 26 November ini

Tiga jajahan di Kelantan berisiko banjir hingga 26 November ini

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga jajahan di Kelantan iaitu Pasir Mas, Pasir Puteh dan Kota Bharu diramal berdepan risiko banjir monsun susulan amaran hujan berterusan pada tahap waspada yang dikeluarkan bermula semalam sehingga 26 November ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, ramalan tersebut melibatkan tiga lembangan sungai utama yang berisiko mencatatkan peningkatan paras air sekiranya hujan lebat berterusan.

“Jajahan yang dijangka terjejas ialah Pasir Mas (Lembangan Sungai Kelantan), Pasir Puteh (Lembangan Sungai Semerak) dan Kota Bharu (Lembangan Sungai Kemasin),” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPS berkata, pihaknya akan menjalankan pemantauan secara berterusan dan akan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan signifikan berterusan di lembangan-lembangan tersebut.

“Kejadian banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan, bergantung kepada keadaan hujan.

“Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk terutama mereka yang tinggal di kawasan berisiko diminta berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya.

Orang awam turut dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat serta amaran semasa melalui laman sesawang PublicInfoBanjir (publicinfobanjir.water.gov.my) dan halaman Facebook: PublicInfoBanjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×