Tidak pernah kawal, masuk campur urusan perkahwinan Aslam, Marissa - Umisya

Tidak pernah kawal, masuk campur urusan perkahwinan Aslam, Marissa – Umisya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Madu kepada pempengaruh, Marissa Dania iaitu Umisya, menafikan dakwaan kononnya dia mengongkong dan mengawal segala keputusan suaminya, Ahmad Aslam dalam urusan poligami.

Jelas Umisya, sepanjang suaminya beristeri dua, dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat apalagi mencampuri urusan perkahwinannya dengan anak kepada pelakon, Norman Hakim itu.

“Di sini saya nak tegaskan, saya tak pernah meletakkan syarat, tak pernah menyuarakan itu atau ini sebagai isteri.

“Tak pernah juga mengarah segala kejadian dalam rumah tangga,” katanya dalam hantaran di Insta Story yang tular.

Bagai sudah muak, Umisya mengakui sudah malas untuk bercakap mengenai isu rumah tangga namun tidak tergamak melihat keluarganya terus menjadi bahan bualan orang ramai.

“Tiada kena mengena langsung dengan hal rumah tangga orang lain. Saya sendiri dah tak suka nak bercerita fasal rumah tangga.

“Saya tak bangga pun dengan apa yang jadi, bahkan lagi malu dengan dikenali sebagai asbab:sekian-sekian’. Saya ambil positif dengan hal-hal yang terjadi sekarang ini.

“Saya pandang ke depan, kalau boleh tak nak toleh belakang lagi dengan peristiwa lama, sebelum poligami ataupun selepas poligami,” ujarnya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut menerima ketentuan Ilahi dengan berlapang dada selain cuma mahu fokus terhadap permata hati mereka.

“Saya bersyukur dengan segala yang Allah aturkan untuk saya sekarang” katanya .

Menerusi perkongsian sama, Umisya memohon agar orang ramai jangan lagi membuat andaian melulu berkenaan urusan rumah tangganya.

“Bila berdepan semua ini, saya cuba untuk ‘move on’ dan tunjuk kehidupan saya baik-baik saja agar anak-anak tengok nanti ummi dan papa baik-baik saja.

“Menjadi isteri dan ibu bukan mudah, tapi saya tetap berusaha jadi yang terbaik untuk keluarga.

“Mungkin orang tak faham, tapi cukuplah saya dan Allah tahu apa yang saya lalui,” katanya.

Terdahulu, pernikahan suaminya dengan Marissa Dania di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 tanpa pengetahuannya mencetuskan kegemparan.

Sejak itu hal poligami membabitkan keluarga kecilnya menjadi sorotan, apatah lagi Aslam dan Umisya yang berkahwin pada Julai 2020 pernah bercerai pada September 2023 tetapi rujuk ketika dalam idah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN