Tidak perlu berebut anak saya - Isteri Nubhan - Utusan Malaysia

Tidak perlu berebut anak saya – Isteri Nubhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kontroversi rumah tangga penyanyi popular, Nubhan, tidak menunjukkan tanda reda apabila isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, mendakwa wujud pihak ketiga yang cuba mencampuri urusan perkahwinan mereka.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Afifah secara sinis menyindir individu berkenaan yang didakwa seolah-olah mahu menggantikan posisinya sebagai ibu kepada anak-anak mereka.

“Bolehkah masing-masing sayang anak sendiri? Bibik ada anak sendiri, orang ketiga pun ada anak sendiri.

“Tak perlu berebut sangat anak saya. Tapi kalau kahwin orang muda, bolehlah buat anak baharu.

“Kita ini bukan ibu tumpang tau, itu anak-anak saya. Tak perlu sayang beria sangat, wahai orang luar,” tulisnya.

Dalam hantaran berasingan, Afifah turut mendakwa keluarga individu terbabit berkongsi foto anak-anaknya tanpa kebenaran.

“Siapa benarkan ‘pin’ muka anak-anak saya? Ini anak saya atau anak dia?

“Saya sudah sekat dia. Penat dengan anak orang ketiga ini. Gembira atas penderitaan orang lain,” katanya lagi.

Sebelum ini, Nubhan memfailkan permohonan hadanah (hak penjagaan anak) terhadap tiga cahaya mata mereka iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; dan Afzan Nayille, 3 m di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Tarikh sebutan kedua kes ditetapkan pada 26 November ini.

Difahamkan, selepas lebih sedekad melayari bahtera perkahwinan, Nubhan turut dilaporkan telah menceraikan Afifah serta memfailkan pengesahan lafaz talak di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Mahkamah menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh sebutan bagi kes pengesahan lafaz cerai berkenaan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN