KANGAR: Pelancong Malaysia yang terkandas di Wilayah Selatan Thailand khususnya di Hat Yai berada dalam keadaan baik di hotel masing-masing dengan bantuan makanan turut diagihkan. Presiden Persatuan Industri Pelancongan Halal Thai-ASEAN (Tahta), Aida Oujeh berkata, Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul telah mengarahkan pelaksanaan operasi bantuan segera di wilayah selatan negara itu dengan 200,000 kotak makanan akan diagihkan. Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 50,000 kotak makanan akan diagihkan kepada pelancong terkandas.…










