KUALA NERUS: Walaupun melalui dua kehamilan sepanjang pengajian, Fatin Fathirah Ismail, 28, cekal menamatkan pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) dan menerima sijilnya pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen ke-17 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini semalam. Anak kelahiran Kampung Losong, Kuala Terengganu itu memulakan pengajian DPP pada 2023 dan tidak menyangka bakal menerima rezeki berganda apabila disahkan hamil dua bulan sebaik sahaja mendaftar. Katanya, dia melahirkan anak kedua ketika berada…

								
											








