Terima kritikan sebab mereka 'maharaja' juri - Mark Adam

Terima kritikan sebab mereka ‘maharaja’ juri – Mark Adam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Mark Adam bersikap terbuka terhadap komen yang dilayangkan barisan juri Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) mengenai nyanyiannya.

Penyanyi berusia 46 tahun itu berkata, kritikan yang diterima dalam pertandingan tersebut bermanfaat untuk penambahbaikan mutu vokal dan persembahannya.

“GV dianggap pentas paling besar di Malaysia di mana barisan jurinya terdiri daripada figura yang boleh kita anggap sebagai ‘maharaja’ juri.

“Jadi saya terbuka menerima kritikan mereka. Pandangan mereka bagus untuk prestasi nyanyian saya.

“Pada masa yang sama ilmu yang barisan juri GV12 kongsikan boleh saya turunkan kepada anak murid saya,” katanya yang juga seorang guru vokal.

Penyanyi lagu Pencuri itu pada masa yang sama meluahkan rasa terharu terhadap sokongan peminat keatas pembabitannya dalam GV12.

“Alhamdulillah, pertama kali saya miliki kelab peminat sendiri yang ditubuhkan semata-mata untuk pembabitan saya dalam GV12.

“Ahli kelab ini terdiri daripada peminat yang berasal dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

“Mereka ini luar biasa. Kehadiran mereka memberi semangat untuk saya terus berkarya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN