Tekad lahirkan bakat IT

Tekad lahirkan bakat IT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Membangunkan lebih ramai bakat tempatan dalam bidang IT melalui latihan terarah, bimbingan profesional dan program pembangunan kerjaya.

Demikian misi dan visi Low Yet Group Sdn. Bhd. dalam memastikan tenaga kerja digital di Malaysia berkembang seiring kemajuan teknologi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Anwaruddin Sulaiman berkata, pihaknya turut merancang untuk meneroka pembangunan teknologi automasi serta penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi menyokong pengurusan data, meningkatkan produktiviti dan memacu kecekapan operasi.

Terbaharu, syarikat ini meraih anugerah Business Excellence in IT & Technology Solutions Award dalam majlis Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA) 2025.

Kejayaan itu menjadi pemacu semangat dalam mengukuhkan kedudukan dalam industri teknologi yang kini semakin berkembang.

“Kita akan terus memastikan jenama ini melahirkan lebih banyak inovasi bertanggungjawab, keselamatan teknologi dan penyelesaian yang berfokus masa depan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN