KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mengeluarkan surat peringatan terakhir kepada Felda berhubung tuntutan penyelesaian isu tanah antara kedua-dua pihak sebelum 29 November ini. Surat rasmi itu dihantar Khamis lalu dan dimuat naik dalam akaun Facebook Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr. Azman Ibrahim. Surat itu ditujukan kepada Pengarah Besar Felda dan ditandatangani oleh Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun…










