PUTRAJAYA: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan terus membantu kerajaan walaupun tidak lagi memegang jawatan menteri, Selasa ini. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata Perdana Menteri menyatakan perkara terbabit pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikannya hari ini. “Hari ini juga Jemaah Menteri telah merakamkan ucapan terima kasih kepada Tengku Zafrul kerana ia merupakan mesyuarat terakhir dihadiri beliau. Perdana Menteri mengucapkan terima…









