KUALA TERENGGANU: Sebuah empangan mini dicadangkan dibina di hulu Sungai Berang, Hulu Terengganu, dekat sini bagi menangani masalah banjir yang setiap tahun melanda terutama di sekitar Kampung Paya Besar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr. Mamad Puteh berkata, pembinaan empangan mini di kawasan hulu adalah jalan terbaik bagi mengawal aliran air sungai dan mengurangkan kesan bencana banjir kepada penduduk. “Langkah ini bukan sahaja dapat mengawal limpahan air malah…










