JOHOR BAHRU: Seramai tiga individu termasuk seorang pakar kebakaran warga Britain maut dalam insiden letupan di atas kapal kontena Kyparissia di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu letupan di atas kapal Kyparissia berdaftar di Malta telah meragut nyawa tiga individu iaitu warga Malaysia bekerja sebagai Juruukur Kapal, K. Sugumaran, 59, seorang pakar kebakaran warga Britain, Darren Holling, 49 dan kru kapal…










