BUKIT MERTAJAM : Kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan akan menaik taraf stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Butterworth dengan peruntukan sebanyak RM30 juta dalam masa yang terdekat ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ketika ini, penilaian berkaitan telah dibuat dan kontraktor yang berkenaan juga akan dilantik secepat mungkin. “Stesen ini adalah salah satu stesen yang utama dan seperti yang saya katakan, perancangan kita ialah mahu menjadikan stesen (KTM) Butterworth bersama-sama…










