Stacy kongsi pengalaman undi PRN Sabah

Stacy kongsi pengalaman undi PRN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG: Penyanyi Stacy Anam meluahkan rasa gemuruh apabila buat pertama kalinya berpeluang mengundi negeri tanah kelahirannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Bagaimanapun, sebaik tiba di pusat pengundian, Stacy menyedari bahawa beliau tertinggal kad pengenalannya.

“Saya tertinggal kad pengenalan, nasib saya tak kena buang kampung. Saya terlalu nervous (gementar) untuk mengundi hari ini sehingga tidak boleh tidur semalam.

“Mungkin teruja sebab sudah lama tak pergi sekolah lama (tempat mengundi), jadi saya tertinggal kad pengenalan dalam kereta,” katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Menengah St. Michael, hari ini.

Stacy turut mendedahkan bahawa beliau dan dengan suaminya yang juga penyanyi, Afiq Hakim Ahmad akan berpindah ke Sabah namun bukan secara tetap.

“Sebenarnya, kami ada perancangan dengan Akim untuk untuk ada alamat di sini, emandangkan kebebasan dan perjalanan kerjaya kami di KL pun sudah stabil dan berjalan dengan baik.

“Mungkin saya bersemangat untuk mengundi sebab kami ada perancangan di sini, tetapi bukan untuk berpindah secara tetap.

“Berpindah untuk ulang-alik kerana keluarga banyak di sini (Sabah), mereka pun macam dah lama untuk ulang alik pergi KL, jadi selepas ini kami yang bertukar,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN