SPRM digesa siasat syarikat pelaburan i-RPS, kerugian cecah RM104.0 juta

SPRM digesa siasat syarikat pelaburan i-RPS, kerugian cecah RM104.0 juta

HISHAMUDDIN Hashim bersama sebahagian daripada 276 mangsa skim pelaburan yang mengalami kerugian lebih RM104 juta di pekarangan Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat dakwaan penyelewengan membabitkan pelaburan saham hartanah dan skim saham boleh tebus syariah (i-RPS) yang mengakibatkan kerugian mencecah RM104.9 juta.

Gesaan itu dbuat selepas Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menerima 276 aduan daripada pelabur yang mendakwa menjadi mangsa pelaburan kepada beberapa buah syarikat tempatan di sini.

Menurut Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, kesemua mangsa mendakwa syarikat terbabit menjanjikan bayaran pulangan dividen atau faedah bagi peringkat awal sebelum menghentikan bayaran secara tiba-tiba tanpa penjelesan munasabah.

“Syarikat-syarikat ini mewujudkan syarikat berstatus berhad, namun tidak semuanya adalah syarikat tersenarai.

“Mereka menggunakan penama-penama hebat, termasuk pengarah bergelar Tan Sri serta penasihat syariah berwibawa sehingga membuatkan pengadu percaya dan akhirnya melabur,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, syarikat-syarikat tersebut mengeluarkan atau mencipta dokumen-dokumen palsu bagi melengah-lengahkan masa agar mangsa tidak mengambil tindakan ke atas mereka.

“Pengadu percaya dokumen Memorandum Informasi yang dikeluarkan syarikat adalah dokumen diluluskan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Malangnya ia bukan dokumen kelulusan, sebaliknya hanya dokumen hantar serah. Mereka melabur kerana percaya dokumen itu adalah dokumen yang dikawal selia seperti Prospektus,” katanya.

Dalam pada itu, Bustami, 55, salah seorang mangsa yang hadir pada sidang media hari ini, mengaku telah mengalami kerugian kira-kira RM2.25 juta selepas melabur pada skim i-RPS tersebut.

“Kami bukan melabur tanpa membuat kajian. Kami yakin kerana ia dipromosikan oleh pengaruh ternama dan tokoh Islamik terkenal di dalam dan luar negara,” katanya.

Tambahnya, keyakinan mereka untuk melabur semakin kuat kerana syarikat menggunakan figura berpengaruh termasuk mereka bergelar Datuk dan Tan Sri.

“Kami lihat pengasas sama, agen promosi yang sama. Jadi kami rasa mereka jujur dan telus. Tetapi ternyata kami tersilap. ‘Topeng’ mereka jatuh bila masalah timbul,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN