KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas menjalankan siasatan terhadap projek Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang bernilai RM456 juta berdasarkan undang-undang sedia ada. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Aerotrain di Terminal 1 KLIA dibiayai sepenuhnya Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan tidak melibatkan sebarang peruntukan kerajaan. Katanya, Kementerian Pengangkutan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bertindak sebagai pihak berkuasa kawal selia bagi projek berkenaan.…










