KUCHING: Satu penemuan luar biasa direkodkan apabila spesies kelawar Northern Free-tailed (Mops johorensis) telah ditemui di Borneo. Spesimen itu direkodkan di Imbak Canyon (Sabah) serta Lubok Antu dan Gunung Penrissen (Sarawak), sekali gus mewakili rekod pertama yang disahkan bagi spesies Mops johorensis di pulau ini. Penemuan spesies yang tidak pernah direkodkan di Borneo itu sejak pertama kali ditemui pada tahun 1873 didedahkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Sarawak Forestry…










