Spa songsang: KGMMB sokong KPM siasat, ambil tindakan guru terlibat

Spa songsang: KGMMB sokong KPM siasat, ambil tindakan guru terlibat

SEBAHAGIAN individu yang ditahan dalam operasi di sebuah pusat kesihatan di Kuala Lumpur, disyaki terlibat aktiviti songsang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menyokong tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana guru yang didapati terlibat dalam salah laku susulan operasi pihak berkuasa ke atas sebuah pusat kesihatan di ibu negara kelmarin.

Presidennya, Mohd. Sobri Yusof berkata, tindakan segera KPM adalah penting bagi memastikan integriti profesion perguruan terus terpelihara.

“KGMMB menyokong usaha KPM menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru yang terlibat. Apa sahaja salah laku yang mencemarkan imej guru tidak boleh dikompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam media melaporkan seramai 17 orang penjawat awam termasuk guru antara 201 pengunjung yang ditahan dalam operasi pihak berkuasa ke atas sebuah pusat kesihatan di ibu negara malam kelmarin kerana disyaki terlibat dalam aktiviti hubungan songsang.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Azani Omar berkata, risikan dan pemantauan ke atas premis dua tingkat itu telah dijalankan sejak dua minggu lalu berdasarkan maklumat awam.

“Hasil risikan mendapati, wujud aktivitI tidak bermoral di lokasi ini membabitkan golongan lelaki yang dipercayai menjalankan hubungan sejenis atau songsang.

“Premis yang berselindung di sebalik aktiviti pusat kesihatan yang dilengkapi gimnasium, sauna, spa, kolam mandi dan ‘ruang rehat’ bagi golongan lelaki ini dilaporkan beroperasi sejak lapan bulan lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Sobri berkata, guru perlu mengekalkan disiplin dan etika profesion kerana mereka menjadi rujukan utama pelajar dan masyarakat.

“Warga pendidik mesti sentiasa menjaga tingkah laku dan mematuhi etika sebagai contoh kepada generasi muda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN