Sofia Rini ditahan reman SPRM?

Sofia Rini ditahan reman SPRM?

OFIA Rini ketika hadir di ibu pejabat SPRM, Putrajaya semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong yang berada dalam klip video perbualan bersama seorang ahli perniagaan dipercayai ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi ini.

Wanita itu hadir di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya semalam kira-kira pukul 2 petang bagi mengambil keterangannya untuk membantu siasatan melibatkan tohmahan terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

Sehingga pukul 8 malam semalam, wanita itu belum selesai diambil keterangan dan kelibatnya masih tidak kelihatan keluar dari bangunan SPRM setakat pagi ini.

SPRM juga akan mengambil keterangan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Syamsul Iskandar Mat Akin dan akan hadir di Ibu Pejabat SPRM pada petang ini.

Manakala, ahli perniagaan bernama Albert Tei pula memaklumkan mempunyai masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan dan akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi dirakam keterangan pada Isnin (1 Disember 2025) ini.

Menurut sumber itu lagi, buat masa ini, hanya tiga individu berkenaan dipanggil bagi dirakam keterangan dan SPRM akan melihat keperluan untuk memanggil saksi-saksi lain berdasarkan keperluan serta hasil siasatan.

“Jadi, mana-mana pihak yang dipanggil SPRM selepas ini perlu segera datang bagi membantu siasatan terutama apabila ia melibatkan kes serius seperti ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN