SM Convent Kajang melawat Jepun

SM Convent Kajang melawat Jepun

PROGRAM Kembara Ilmu dan Kokuriku
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekolah Kebangsaan Convent (M) Kajang dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG) sekolah terbabit baru-baru ini menganjurkan Program Kembara Ilmu dan Kokurikulum ke Osaka, Jepun 2025.

Program selama lima hari ini bermula dari 5 hingga 9 Oktober lalu disertai seramai 13 orang murid dengan diiringi dua orang guru yang diketuai Guru Besarnya, Zuraida Mohamed Omar.

Menurut guru penyelaras, Nurin Sofiya Shamsul Kamar berkata, objektif utama program bertujuan memberi pendedahan antarabangsa kepada murid dalam bidang akademik dan kokurikulum , menggalakkan pertukaran budaya antara murid Malaysia dan Jepun , memupuk semangat patriotisme, kepimpinan, dan keyakinan diri dalam kalangan murid serta menanam nilai murni seperti

disiplin, tanggungjawab dan semangat kerjasama melalui pembelajaran luar bilik darjah.

“ Program ini memberi impak positif terhadap perkembangan sahsiah dan keyakinan diri murid. Sebagai contoh aktiviti persembahan dan interaksi budaya memberi peluang kepada murid untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, belajar berdikari, dan menghargai nilai kepelbagaian kaum“.katanya.

Sepanjang berada di Osaka, peserta dibawa melawat beberapa lokasi ikonik seperti Osaka Castle, Dotonbori Street, Nara-Deer Sanctuary Universal Studios Japan dan Pusat Bencana Alam.

Lawatan ke Chihayaakasaka Village Junior High School menjadi kemuncak program apabila peserta berpeluang menyertai aktiviti pertukaran budaya, berinteraksi dengan pelajar Jepun serta mempersembahkan tarian tradisional Malaysia dengan penuh semangat dan bangga.

” Mereka mempersembahkan tarian tradisional daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India termasuk dari negeri Sabah. Persembahan ini telah mendapat sambutan hangat dan pujian daripada warga sekolah Jepun kerana berjaya menonjolkan keunikan budaya Malaysia yang berbilang bangsa. Selain persembahan, murid turut memperkenalkan serba sedikit tentang Malaysia melalui tayangan video dan sesi interaksi dua hala bersama pelajar Jepun “, katanya lagi.

Selain itu, peserta dapat menimba ilmu tentang sistem pendidikan Jepun yang menekankan disiplin, kebersihan dan nilai hormat. Pengalaman ini membuka minda mereka terhadap cara hidup masyarakat Jepun dan memberi inspirasi untuk mengamalkan nilai positif dalam kehidupan seharian.

Program diakhiri dengan sesi refleksi dan penyampaian cenderamata antara kedua-dua pihak sebagai tanda penghargaan. Secara keseluruhannya, Kembara Ilmu dan Kokurikulum ke Osaka, Jepun 2025 telah berjaya melahirkan murid yang lebih berwawasan global, berkeyakinan tinggi dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. – UTUSAN

 –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN