PETALING JAYA: Pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjadi aset penting yang membuka ruang kepada perniagaan Mr. Chicck’s Chicken & Burger meneroka pasaran lebih luas, termasuk potensi eksport ke luar negara. Pengasasnya, Mohd Amirul Amin Abd. Wahab berkata, proses mendapatkan sijil halal pertama syarikatnya berjalan dengan lancar menerusi bimbingan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) melalui geran halal yang disediakan. Menurutnya, bantuan daripada konsultan berpengalaman Pernas memudahkan setiap langkah permohonan…










