PETALING JAYA: Penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20) kali ini membuka ruang untuk mengetengahkan aspirasi serta pencapaian sebagai Pengerusi ASEAN 2025, selain mengemukakan suara dalam isu-isu global yang memberi kesan kepada rantau dan dunia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau selamat tiba di Johannesburg, Afrika Selatan untuk menghadiri sidang kemuncak berprestij itu atas jemputan rasmi Presiden Matamela Cyril Ramaphosa. Katanya, undangan tersebut mencerminkan komitmen Afrika…










