Siasatan kes rasuah ADUN Sabah masih berjalan

Siasatan kes rasuah ADUN Sabah masih berjalan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam video kes rasuah melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, siasatan mengenai kes itu masih berjalan dan selepas menonton video berkenaan, beliau berpendapat ia mempunyai asas kukuh untuk disiasat.

Bagaimanapun, beliau mene­gaskan bahawa sebarang tindakan terhadap kes itu adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya sendiri tonton dan saya sendiri anggap video itu hujahnya kuat untuk disiasat.

“Setakat ini tiga individu sudah didakwa, tetapi kita tidak lepaskan semua yang lain. Yang didakwa tiga kerana ada compelling case, alasan dan bukti yang kukuh. Kes mereka tidak pernah ditutup,” katanya ketika menjawab soalan mengenai status dakwaan rasuah beberapa ADUN Sabah yang tular dan kini masih belum dikenakan tindakan, termasuk ada yang menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, semalam.

Beliau juga menasihatkan Ahli Parlimen dan orang ramai supaya bersabar, sambil menekankan kerajaan akan mengekalkan pendekatan adil tanpa melindungi sesiapa.

“Menurut keterangan SPRM setelah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), setakat ini kes jenayah tidak ada time limitation (had masa). (Ahli Parlimen) Pasir Mas kena sabar. Kita kena ikuti masa.

“Apakah kerana orang-orang ini kononnya orang parti yang bersama dalam kerajaan Perpaduan? Jadi bukan kita melindungi. Perdana Menteri perlu beri arahan yang kukuh jangan kecualikan sesiapa.

“Apakah yang lain akan didakwa kemudian? Itu saya tidak tahu. Pokoknya belum dipadam, belum ditutup kes mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×