Zurin hanya tersenyum. Matanya sempat mengerling ke arah dapur. Kelihatan beberapa pekerja sedang sibuk membuat pesanan di dapur. Yang lelaki, nampak kemas berkopiah dan berbaju melayu manakala pekerja wanita pula cukup bersopan berbaju kurung dan bertudung labuh. Suasana di dalam warung ketika itu nampak meriah. Kumpulan lelaki yang berada di meja begitu leka berbual sambil bergelak ketawa. Masing-masing saling berkongsi cerita dan menyapa malah ada ketikanya mereka bergurau sambil mengusik…










