Shamsul Iskandar letak jawatan SU Politik PM

Shamsul Iskandar letak jawatan Setiausaha Politik PM

SHAMSUL ISKANDAR MOHD. AKIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu diambil selepas dikatakan wujud percubaan untuk memburukkan dirinya sekali gus boleh mencemarkan imej Kerajaan Madani.

“Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan.

“Justeru, saya menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

“Terima kasih Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan. Saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri daripada serangan ini,” katanya menerusi media sosial.

Baru-baru ini, bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli mendedahkan Shamsul Iskandar merupakan individu yang menulis surat sokongan kepada enam kontraktor bagi projek pembinaan sebuah hospital, tahun lalu.

Bagaimanapun, Anwar mempertahankan keputusannya untuk tidak memecat Shamsul Iskandar berhubung isu pengeluaran surat sokongan bagi kontraktor dalam sebuah projek hospital.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebarang tindakan terhadap Shamsul perlulah berasaskan keseriusan kesalahannya.

Beliau mengakui surat tersebut wujud, namun kandungannya ditulis secara umum dan tidak bermaksud sebagai arahan untuk meluluskan kontraktor yang dicadangkan.

Beliau kemudiannya menyifatkan Rafizi, yang juga bekas menteri ekonomi, sebagai seorang yang mungkin agak keras pendiriannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN