Seramai 600 murid SK Taman Ria ikuti Minggu Anti Dadah 2025

Seramai 600 murid SK Taman Ria ikuti Program Minggu Anti Dadah 2025

SEBAHAGIAN murid Pendidikan Khas bergambar bersama guru dan jawatankuasa Persatuan Mencegah Dadah Kebangsaan (PEMADAM) daerah Kuala Muda sempena Program Minggu Anti Dadah 2025 di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. – UTUSAN/ABD RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROGRAM Minggu Anti Dadah 2025 berlangsung dengan jayanya di Dataran Bestari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Ria, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Seramai 600 peserta program, termasuk 60 orang murid pendidikan khas mengikuti ceramah berkaitan penyalahgunaan dadah, rokok dan buli.

Program diadakan itu anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SK Taman Ria dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) daerah Kuala Muda.

Naib Pengerusi PEMADAM daerah Kuala Muda, Dr. Novalan a/ l Thiagarajan menyampaikan ceramah tersebut.

Tujuan diadakan program itu bertema “Sekolah Bebas Dadah, Lebih Baik Cegah” bagi memberi kesedaran kepada semua murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbiran SK Taman Ria, Zulkifli Salleh ketika merasmikan program itu berkata, usaha dilakukan bagi membuka minda murid supaya tidak terjebak dengan gejala tidak baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN