Semakin ramai lelaki Malaysia kahwin gadis Selatan Thai

Semakin ramai lelaki Malaysia kahwin gadis Selatan Thai

MUKHLIS DORLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YALA (THAILAND): Semakin ramai lelaki Malaysia memilih berkahwin dengan gadis dari tiga wilayah di Selatan Thai, sama ada untuk dijadikan isteri pertama atau kedua.

Pensyarah Universiti Fatoni, Mukhlis Dorlah berkata, Selatan Thai bukan sahaja menjadi tempat lelaki Malaysia datang bernikah tetapi mereka mencari pasangan dalam kalangan gadis di tiga wilayah di sini.

“Saya mendapat banyak maklumat mengatakan ramai lelaki Malaysia berkahwin dengan gadis Selatan Thai. Tetapi, saya tidak mempu­nyai jumlah sebenar pernikahan itu.

“Antara sebabnya adalah kos pernikahan di Selatan Thai jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Lelaki Malaysia juga mempunyai banyak wang dan ini tidak menjadi masalah memilih pasangan.

“Selain itu, faktor bahasa yang sama, masakan yang sedap dan kecantikan gadis juga memainkan peranan penting,” katanya kepada media Malaysia ketika ditemui semalam.

Menurut Mukhlis, Majlis Agama Islam Wilayah di Selatan Thai mengenakan beberapa syarat pernikahan namun tidak seketat peraturan di Malaysia.

Ditanya mengenai gadis dari wilayah mana yang cantik dan menarik perhatian lelaki Malaysia, beliau yang juga Imam Masjid Al-Furqan Pattani berkata, kebanyakannya adalah dari Pattani.

“Tetapi mereka (lelaki Ma­laysia) bukan sahaja datang untuk bernikah dengan gadis tempatan. Sebaliknya, mereka turut membuka perniagaan di sini. Selepas bernikah, sesetengah daripada mereka memberi modal kepada si isteri untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Ini turut membantu ekonomi tempatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN