PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan pegawai dari Jabatan Peguam Negara (AGC) esok. Ia bagi mendapatkan taklimat lengkap susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi berhubung kes kehilangan aktivis, Amri Che Mat dan paderi Raymond Koh. Menurutnya, sebarang kenyataan lanjut berhubung isu tersebut hanya akan dimaklumkan secara lebih terperinci setelah beliau menerima gambaran secara lebih menyeluruh,…










