Sabah umum 29 November hari kelepasan am khas

Sabah umum 29 November hari kelepasan am khas

PERANG bendera parti-parti bertanding sekitar bandar Kota Kinabalu sempena Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengisytiharkan esok sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi seluruh negeri bagi memudahkan rakyat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong berkata, keputusan itu diambil bagi memastikan seramai mungkin rakyat keluar mengundi dengan selesa tanpa kekangan urusan kerja.

“Kerajaan Negeri berharap pengisytiharan cuti ini memberi ruang secukupnya kepada rakyat untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PRN Sabah menyaksikan 596 calon mewakili pelbagai parti dan calon bebas disahkan bertanding, dengan 73 kerusi DUN menjadi rebutan. Pertembungan pada kali ini dianggap antara yang paling sengit dalam sejarah pilihan raya negeri tersebut.

Cuti khas itu dijangka membantu kelancaran proses pengundian selain meningkatkan penyertaan rakyat dalam menentukan hala tuju pentadbiran negeri bagi penggal baharu. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN