TAPAH: Penghuni Penjara Tapah teruja dengan pemberian hidangan makanan tengah hari kurniaan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-69 kelmarin. Menurut seorang prospek wanita yang dikenali Salmiah, 49, dari Ipoh, hidangan nasi minyak, ayam masak merah, kuah dalca, buah-buahan dan air kotak jelas menunjukkan keprihatinan baginda. “Kami menjalani hukuman di dalam tirai besi tidak sama seperti insan-insan lain yang bebas di luar sana, jadi…










