Rose tersenarai, Kendrick Lamar dominasi pencalonan Anugerah Grammy 2026 - Utusan Malaysia

Rose tersenarai, Kendrick Lamar dominasi pencalonan Anugerah Grammy 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Rapper dan penerbit lagu, Kendrick Lamar, mendominasi pencalonan Anugerah Grammy 2026 dengan meraih sembilan kategori.

Lamar turut bersaing dalam tiga kategori utama anugerah berprestij itu antaranya Album of The Year, Record of The Year, dan Song of The Year.

Mengikut rapat di belakang ialah saingannya popular, Lady Gaga dan Sabrina Carpenter masing-masing dengan enam pencalonan

Sementara itu, penyanyi muda, Billie Eilish juga tersenarai dalam pencalonan bagi kategori Record of The Year dan Song of The Year menerusi album Hit Me Hard and Soft.

Walaupun album itu diterbitkan pada 2024 namun lagunya Wildflower terbit secara single menerusi Februari 2025.

Lebih menarik, tahun ini menyaksikan kemunculan penyanyi Korea Selatan, Rose, dalam tiga pencalonan termasuklah Song of The Year dan Record of the Year menerusi lagu APT duet bersama Bruno Mars.

Rose merupakan artis Korea Selatan pertama yang tercalon untuk kategori utama.

Bukan itu sahaja, Golden nyanyian HUNTR/X yang menjadi runut bunyi bagi filem KPop Demon Hunters turut tercalon untuk lagu Song of The Year.

Malam puncak Anugerah Grammy  2026 akan berlangsung pada 1 Februari 2026 di Crypto.com Arena Los Angeles, atau pada 2 Februari 2026 pagi waktu Malaysia. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN