Rombakan Kabinet: Tidak pernah bincang, itu hak mutlak PM

Rombakan Kabinet: Tidak pernah bincang, itu hak mutlak PM

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Urusan berkaitan rombakan Kabinet tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Jemaah Menteri kerana perkara tersebut merupakan hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi berkata, selain itu, Perdana Menteri juga mempunyai kuasa penuh untuk melantik atau menentukan barisan ahli Jemaah Menteri.

“Tidak pernah ada perbincangan dalam (mesyuarat) Kabinet untuk menyusun semula Kabinet. Tidak pernah.

“Itu hak mutlak Perdana Menteri yang mempunyai kuasa sepenuhnya untuk merombak Kabinet dan melantik sesiapa yang sepatutnya berada sebagai ahli Jemaah Menteri atau pun timbalan menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini hari ini.

Sebelum ini, Anwar memberitahu, Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang dijadualkan bersidang petang ini tidak akan membincangkan isu rombakan Kabinet.

Jelas Perdana Menteri, fokus kerajaan ialah memuktamadkan soal sama ada akan merayu atau tidak berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu isu pemulangan 40 peratus hasil Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN