Rombakan Kabinet: Johari tepis dakwaan, tiada perbincangan rasmi setakat ini

Rombakan Kabinet: Johari tepis dakwaan, tiada perbincangan rasmi setakat ini

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika berucap pada Majlis Pembukaan Malaysian Wood Expo (MWE) 2025 di MITEC di sini, hari ini. -UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menepis dakwaan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan atau taklimat rasmi berkaitan perkara tersebut diadakan dalam mesyuarat Kabinet.

“Saya rasa tak ada lah. Mana ada? Reshuffle (rombakan) semua. Kuasa melantik (menteri) kuasa prerogatif Perdana Menteri. Dia mempunyai kuasa mutlak untuk buat apa-apa.

“Kalau mesyuarat, tak ada. Dia tak bincang pasal itu. Kalau dia betul, taklimat. Saya tak rasa begitu. Tak ada apa-apa rombakan Kabinet setakat ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Expo Perkayuan 2025 di sini hari ini.

Semalam, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Perdana Menteri dijangka mengadakan satu taklimat khas kepada menteri-menteri Kabinet pada esok.

Situasi itu menguatkan lagi desas-desus kemungkinan berlaku rombakan Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan yang semakin hangat diperkatakan ketika ini.

Spekulasi tersebut semakin diperkukuh susulan tamatnya tempoh pelantikan dua orang senator yang turut memegang jawatan menteri Kabinet selain peletakan jawatan seorang lagi menteri baru-baru ini.

Mohamad berkata, setakat ini beliau hanya mengetahui isu rombakan Kabinet melalui laporan media.

Rombakan Kabinet menjadi topik hangat susulan peletakan jawatan Datuk Ewon Benedick sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi manakala tempoh pelantikan Senator bagi Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dijangka tamat pada Disember ini.

Selain itu baru-baru ini Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli juga meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekomomi manakala Nik Nazmi Nik Ahmad juga melepaskan jawatan sebagai MenteriMenteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN