PETALING JAYA: Rombakan Kabinet yang akan dilakukan hanya untuk mengisi kekosongan sedia ada antaranya bagi portfolio Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan secara berseloroh meminta pengamal media mengemukakan senarai nama barisan Kabinet baharu. “Rombakan itu bagi mengisi kekosongan. Boleh cadangkan beberapa nama? Saya akan pertimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam bersama…










