Rita Rudaini meriahkan kejohanan bola sepak Vipers Super Sunday

Rita Rudaini meriahkan kejohanan bola sepak Vipers Super Sunday

RITA Rudaini (Tengah) bergambar bersama peserta dan ibu bapa Kejohanan Vipers Super Sunday 2025 di Seri Kembangan, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Selebriti tanah air, Rita Rudaini hadir memeriahkan perlawanan akhir liga bola sepak kanak-kanak, Vipers Super Sunday di Seri Kembangan, Selangor, Ahad lalu.

Sejumlah 17 pasukan melibatkan 204 peserta bagi kumpulan umur bawah 10 tahun, manakala 12 pasukan terdiri daripada 120 peserta (bawah lapan tahun) berentap merebut kejuaraan bagi kejohanan tahunan kali keempat itu pada 2025.

Sebanyak empat piala diperkenalkan dengan pasukan Wira Semenyih mengungguli Piala Rita Rudaini, manakala pasukan Fireball Bangi (Divisyen 1) dan NS Sigma (Divisyen 2) merangkul juara bagi Piala Ziqron selaku penaja utama.

Pasukan NS Sigma turut menjuarai kumpulan bawah lapan tahun dengan menjulang Piala YB Abbas Azmi (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang dan Piala Organherbs.

Presiden Kelab Lestari Vipers FC, Mohd. Tarmizie Mohd. Shahidan selaku pengajur berkata, kejohanan ini diiktiraf untuk memperoleh markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menilai aktiviti murid sekolah dari aspek jasmani, sukan, dan kokurikulum.

“Kejohanan seumpama ini adalah platform baik untuk menggilap bakat sukan bola sepak dalam kalangan anak muda.

“Ia sekali gus mampu membentuk disiplin dan menyokong aktiviti sihat supaya anak-anak muda tidak terjebak dengan masalah sosial,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN