PETALING JAYA: Amaran Ribut Tropika Senyar yang membawa angin kencang berskala besar dan hujan berterusan dijangka tidak menyebabkan bencana banjir seteruk 2021. Pakar Meteorologi Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Sheeba Nettukandy Chenoli berkata, fenomena itu akan melanda di sepanjang pantai barat negara ini susulan ribut yang berasal dari India itu. “Jabatan Meteorologi India (IMD) telah mengeluarkan amaran ribut tropika di Lautan Hindi, dengan ribut yang dikenali sebagai Senyar kini dilaporkan…










